Mahu berdiet secara sihat...ikuti langkah-langkah di bawah :
- Lakukan kerja ringan sebelum makan snek yang kaya kandungan kalori. Bersihkan bilik air atau vakum. Jangan makan sehingga sinki berkilat
- Pastikan gigi anda dibersihkan serta diputihkan secara professional. Dengan itu anda tidak akan mengotorkan mulut anda dengan makanan berminyak.
- Kunyah gula-gula getah sambil menyediakan hidangan. Ini akan mengelakkan anda daripada merasa atau terlebih makan ketika masak.
- Makanan kaya dengan antioksida mengelakkan kerosakkan sel yang menyebabkan barah, peningkatan umur, radang, penyakit Parkinson dan Alzheimer.
- Penuhkan sandwich anda dengan selada, tomato, kubis, timun potong dan sayuran lain. Ini melazatkan sandwich anda tanpa penambahan lemak.
- 3 sebab untuk mengurangkan berat : untuk kekal sihat, untuk elakkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk membaiki keyakinan diri.
- Sardin penuh dengan protein dan lemak ikan - kombinasi ini terkenal dengan kebolehan untuk membakar lemak dan cara baik untuk kekal sihat.
- Dewasa yang mengambil daging kaya lemak/produk tenusu secara langsung makan terlalu banyak lemak. Pastikan semak fakta nutrien di label makanan.
- Ramai orang makan mengikut nafsu. Sekiranya makanan anda kaya dengan lemak/garam/gula, kurangkan pengambilan makanan tersebut.
- Semasa berat badan semakin menurun, lemak yang anda hilangkan mengandungi toksin. Meminum air mampu membuang toksin.
- Amalan melangkau waktu makan boleh menyebabkan teringin makan lebih kerana lapar. Adalah lebih baik makan secara sedikit antara hidangnan.
- Lada benggala menukarkan lemak dalam makanan kepada tenaga. Hasil memakannya ialah simpanan lemakdalam badan akan berkurang.
- Basuh buahan dan sayuran sebaiknya untuk mengelakkan cacing atau sista yang menyebabkan sawan. Elakkan salad segar atau makan diluar.
- Anda perlukan 40 nutrien berlainan untuk kesihatan, jadi banyakkan makanan gandum, buah, sayur, produk tenusu, ayam, ikan dan protein lain.
- Kurangkan pengambilan lemak tepu dalam daging merah dan produk tenusu serta transfat yang terdapat dalam keropok dan gula-gula.
- Tambahkan lebih brokoli dalam diet. Brokoli mengandungi dua fitonutrien - indoles dan sulfarofen yang mempunyai kesan anti-barah.
- Sayur manis seperti jagung, lobak, bit, keledek menambahkan kemanisan yang sihat pada hidangan dan mengurangkan keinginan untuk manisan lain.
- Serat dalam buah epal boleh membersihkan gigi dan lelangit anda, membantu membuang bakteria dan sisa makanan di gusi dan juga menguatkan gusi.
- Sayuran hijau lengkap dengan kalsium, magnesium, besi, kalium, zink, Vit A, C, E, K, yang mengukuhkan peredaran darah dan sistem pernafasan.
- Buahan dan sayuran mengandungi vitamin & mineral keperluan. Ini melindungi daripada penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis & barah.
- Bersarapan dengan bijirin gandum meningkatkan metabolisme sebanyak 10 peratus jadi anda boleh membakar lemak pada kadar lebih drpd biasa.
- Resveratrol adalah antioksidan yang ditemui dalam anggur yang boleh melindungi drpd penyebaran barah kulit, payudara, perut dan colon.
- Minum air sejuk mempercepatkan kadar metabolisme dan membantu bakar kalori. Dua gelas air sejuk sehari sangat mujarab.
- Alpukat kaya dengan asid lemak monounsatured, kalium dan serat yang membantu untuk mengawal paras kolesterol anda.
- Kalsium dalam susu skim boleh tingkatkan metabolisme dan mereka yang banyak mengambil kalsium lebih cenderung hilang berat badan dengan cepat.
- Untuk tulang dan gigi lebih kuat, pengambilan kalsium anda sepatutnya 1100mg. Kalsium juga membantu penyerapan vitamin D
- Buahan sitrus kaya dengan folates, karotenoid, flavonoid dan vitamin C yang menurunkan tekanan darah, risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
- Flavonoid, anti oksida dalam epal, sitrus, teh dan coklat melindungi daripa penyakit kardivaskular, barah dan cirit birit.
- Tembikai susu mengandungi anti oksida - beta karotena yang membantu mengurangkan risiko mendapat katarak.
- Makan hidangan saiz kecil sepanjang hari berbanding hidangan besar. Ini boleh meningkatkan metabolisme anda dan anda akan rasa kurang lapar.
- Ambil makanan serat tinggi - ini dapat membantu penghadaman, penyerapan nutrien, mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.
- Minum minima 8 gelas air setiap hari. Air tidak mengandungi kalori, bahan kimia ataupun kafein, sesuai untuk menahan nafsu makan.
- Tidak gemar buah & sayuran? Cuba buat pencuci mulut spt kuih lobak, timun dengan dadih kurang lemak, salad buahan, ais krim dan 'smoothie'.
