May 10, 2012

Tip Diet Sihat

Mahu berdiet secara sihat...ikuti langkah-langkah di bawah :


  1. Lakukan kerja ringan sebelum makan snek yang kaya kandungan kalori. Bersihkan bilik air atau vakum. Jangan makan sehingga sinki berkilat
  2. Pastikan gigi anda dibersihkan serta diputihkan secara professional. Dengan itu anda tidak akan mengotorkan mulut anda dengan makanan berminyak.
  3. Kunyah gula-gula getah sambil menyediakan hidangan. Ini akan mengelakkan anda daripada merasa atau terlebih makan ketika masak.
  4. Makanan kaya dengan antioksida mengelakkan kerosakkan sel yang menyebabkan barah, peningkatan umur, radang, penyakit Parkinson dan Alzheimer.
  5. Penuhkan sandwich anda dengan selada, tomato, kubis, timun potong dan sayuran lain. Ini melazatkan sandwich anda tanpa penambahan lemak.
  6. 3 sebab untuk mengurangkan berat : untuk kekal sihat, untuk elakkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk membaiki keyakinan diri.
  7. Sardin penuh dengan protein dan lemak ikan - kombinasi ini terkenal dengan kebolehan untuk membakar lemak dan cara baik untuk kekal sihat.
  8. Dewasa yang mengambil daging kaya lemak/produk tenusu secara langsung makan terlalu banyak lemak. Pastikan semak fakta nutrien di label makanan.
  9. Ramai orang makan mengikut nafsu. Sekiranya makanan anda kaya dengan lemak/garam/gula, kurangkan pengambilan makanan tersebut.
  10. Semasa berat badan semakin menurun, lemak yang anda hilangkan mengandungi toksin. Meminum air mampu membuang toksin.
  11. Amalan melangkau waktu makan boleh menyebabkan teringin makan lebih kerana lapar. Adalah lebih baik makan secara sedikit antara hidangnan.
  12. Lada benggala menukarkan lemak dalam makanan kepada tenaga. Hasil memakannya ialah simpanan lemakdalam badan akan berkurang.
  13. Basuh buahan dan sayuran sebaiknya untuk mengelakkan cacing atau sista yang menyebabkan sawan. Elakkan salad segar atau makan diluar.
  14. Anda perlukan 40 nutrien berlainan untuk kesihatan, jadi banyakkan makanan gandum, buah, sayur, produk tenusu, ayam, ikan dan protein lain.
  15. Kurangkan pengambilan lemak tepu dalam daging merah dan produk tenusu serta transfat yang terdapat dalam keropok dan gula-gula.
  16. Tambahkan lebih brokoli dalam diet. Brokoli mengandungi dua fitonutrien - indoles dan sulfarofen yang mempunyai kesan anti-barah.
  17. Sayur manis seperti jagung, lobak, bit, keledek menambahkan kemanisan yang sihat pada hidangan dan mengurangkan keinginan untuk manisan lain.
  18. Serat dalam buah epal boleh membersihkan gigi dan lelangit anda, membantu membuang bakteria dan sisa makanan di gusi dan juga menguatkan gusi.
  19. Sayuran hijau lengkap dengan kalsium, magnesium, besi, kalium, zink, Vit A, C, E, K, yang mengukuhkan peredaran darah dan sistem pernafasan.
  20. Buahan dan sayuran mengandungi vitamin & mineral keperluan. Ini melindungi daripada penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis & barah.
  21. Bersarapan dengan bijirin gandum meningkatkan metabolisme sebanyak 10 peratus jadi anda boleh membakar lemak pada kadar lebih drpd biasa.
  22. Resveratrol adalah antioksidan yang ditemui dalam anggur yang boleh melindungi drpd penyebaran barah kulit, payudara, perut dan colon.
  23. Minum air sejuk mempercepatkan kadar metabolisme dan membantu bakar kalori. Dua gelas air sejuk sehari sangat mujarab.
  24. Alpukat kaya dengan asid lemak monounsatured, kalium dan serat yang membantu untuk mengawal paras kolesterol anda.
  25. Kalsium dalam susu skim boleh tingkatkan metabolisme dan mereka yang banyak mengambil kalsium lebih cenderung hilang berat badan dengan cepat.
  26. Untuk tulang dan gigi lebih kuat, pengambilan kalsium anda sepatutnya 1100mg. Kalsium juga membantu penyerapan vitamin D
  27. Buahan sitrus kaya dengan folates, karotenoid, flavonoid dan vitamin C yang menurunkan tekanan darah, risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
  28. Flavonoid, anti oksida dalam epal, sitrus, teh dan coklat melindungi daripa penyakit kardivaskular, barah dan cirit birit.
  29. Tembikai susu mengandungi anti oksida - beta karotena yang membantu mengurangkan risiko mendapat katarak.
  30. Makan hidangan saiz kecil sepanjang hari berbanding hidangan besar. Ini boleh meningkatkan metabolisme anda dan anda akan rasa kurang lapar.
  31. Ambil makanan serat tinggi - ini dapat membantu penghadaman, penyerapan nutrien, mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.
  32. Minum minima 8 gelas air setiap hari. Air tidak mengandungi kalori, bahan kimia ataupun kafein, sesuai untuk menahan nafsu makan.
  33. Tidak gemar buah & sayuran? Cuba buat pencuci mulut spt kuih lobak, timun dengan dadih kurang lemak, salad buahan, ais krim dan 'smoothie'.

No comments:

Post a Comment